02/11/2012

Piala SK Laksian


Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Banggi Piala SK Laksian melabuhkan tirainya. Sebanyak 9 Pasukan di sekitar Pulau Banggi yang mengikuti Kejohanan tersebut. Keputusan Penuh :

Juara - Molbog
Naib Juara - Garuda
Tempat Ketiga - Lok Tuhog FC
Tempat Keempat - Team Batu Layar

11/10/2012

Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Banggi


Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Ajamain Bin Salleh Timb. Pengerusi Kejohanan Merangkap Pen. Kanan Ko-Kurikulum

07/10/2012

30% Pelajar Terbaik SPM – Dapat Jadi Cikgu



Pengambilan calon untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan diiklankan mulai tahun depan (2013) dan sebaliknya akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar lepasan SPM yang memperolehi keputusan terbaik.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata langkah tersebut adalah usaha bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sebelum ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon untuk menduduki ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan dipanggil untuk temuduga selepas mereka lulus.
Bagaimanapun mulai tahun ini (2012), permohonan untuk mengambil ujian M-Test adalah terbuka kepada semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu akan tawarkan kepada hanya 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.

14/09/2012

TEKS UCAPAN YAB TPM MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN AWAL
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
PADA 11 SEPTEMBER 2012; PUKUL 9.15 PAGI;
BERTEMPAT DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR

Sila muat turun teks ucapan di sini.
 

Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Muat turun)






Muat turun di sini:


http://pendidikguru.org/portal-pmo

...atau di sini:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English




Sumber : http://www.moe.gov.my

13/09/2012

Gambar Program Solat Hajat - UPSR

Persiapan Program Solat Hajat

Persiapan Program Solat Hajat

Antara Murid dan ibubapa yang hadir

KK Kulok @ Puloh Bin Dahik Ketua Kampung Kg. Laksian antara tetamu yang hadir

08/09/2012

Program Solat Hajat - UPSR

TARIKH   :  09.09. 2012
HARI        :  AHAD
MASA      :  6.00 - 9.00 MALAM
TEMPAT   :  SURAU KG. LAKSIAN
KEHADIRAN  :  WARGA SKLNB DAN PENJAGA TAHUN 6

OBJEKTIF 

1.      Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat.
2.            Membentuk Modal Insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaannya.
3.      Menanam sikap tawakkal dan semangat penghayatan dan pengamalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah dalam kehidupan seharian.




29/08/2012

UPSR tidak ditangguh

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran semalam menegaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini tidak ditangguhkan dan akan berlangsung mengikut jadual sedia ada.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata peperiksaan UPSR akan diadakan pada 11 hingga 13 September ini seperti yang ditetapkan dalam takwim kementerian.

"Berita mengenai penangguhan tidak benar kerana UPSR tetap ikut jadual iaitu 11, 12 dan 13 September” - Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran
Beliau sekali gus menafikan khabar angin yang mencetuskan kekecohan dalam kalangan ramai ibu bapa dan calon bahawa peperiksaan itu ditangguhkan atas sebab tertentu.

Hanya khabar angin

“Berita berkenaan (penangguhan) tidak benar. UPSR tetap seperti jadual, iaitu 11, 12 dan 13 September,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BH.

Khabar angin mengenai penangguhan peperiksaan UPSR tahun ini dipercayai berpunca daripada pelbagai dakwaan, antara lain untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan berlaku kebocoran kertas soalan di negeri tertentu.
Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata kertas soalan untuk peperiksaan UPSR tahun ini sudah disimpan dalam bilik kebal setiap negeri.

Persiapan berjalan lancar

Justeru, katanya, sebarang penangguhan UPSR akan menyebabkan ‘pertembungan’ penggunaan bilik kebal itu untuk menyimpan kertas soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan bermula pada 9 Oktober depan.

Katanya, semua persiapan akhir sedang dibuat, termasuk pihak sekolah merancang mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin dalam waktu terdekat.

“Justeru, ibu bapa dan calon dinasihati tidak terpengaruh dengan khabar angin itu, sebaliknya memfokus kepada persediaan mental dan emosi untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi,” katanya.

Sumber : www.bharian.my

16/08/2012

Selamat Menyambut Hari Raya

13/08/2012

Percubaan UPSR Kali ke-2

Dimaklumkan bahawa, Ujian Percubaan UPSR untuk kali kedua ini akan dijalankan pada ketetapan berikut :

            Tarikh  :  13, 14 dan 15 Ogos 2012
            Hari      :  Isnin Hingga Rabu

Berikut adalah jadual percubaan UPSR yang akan dijalankan:

Hari/Tarikh
Perkara
Tempoh/Masa
Isnin
13 Ogos 2012
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2 
Matematik 2 
50 minit
1 Jam 50 minit
40 minit
8.00 – 8.50
9.10 – 10.25
10.50 - 11.30
Selasa
14 Ogos 2012
Matematik (Kertas 1)
Sains
1 jam
1 jam 15 minit
8.00 -9.00
9.20-10.35
Rabu
15 Ogos 2012
B. Inggeris (Paper 1)
B. Inggeris (Paper 2)
50 minit
1 jam 15 minit
8.00 – 8.50
9.10 - 10.25

11/08/2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana terus diberi kesempatan untuk menempuh Ramadhan pada tahun ini.. Sekarang kita telah memasuki fasa terakhir Ramadhan.. Marilah bersama-sama kita merebut ganjaran yang dijanjikan Allah iaitu satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan..

Kepada murid-murid Tahun 6 khasnya, yang bakal menduduki UPSR dalam tempoh sebulan lagi, inilah peluangnya terbaik untuk berdoa dan menggandakan ibadah. Rebutlah peluang dan kesempatan yang terhidang.. Semoga kejayaan milik kita bersama..
Aminnn...

Selamat beramal..

Panorama....

Panorama Sekolah Kebangsaan Laksian Banggi

Tambahan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012

CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.

Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sila muat turun Surat Siaran Bilangan 26 Tahun 2012  bagi tambahan cuti berganti sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012

Surat Siaran Bil 26 2012

Promo GTP :Anak Nadi Aspirasi Kita (ANAK)


Video promosi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Sumber :  http://buletinkpm.blogspot.com

07/08/2012

Tanyalah khabar kedua ibubapamu

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

34 Tips Pelajar Cemerlang


1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.
Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

Sabar senjata mulia hadapi ujian


Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad

Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat

IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.

Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.

04/08/2012

Kaedah belajar secara kumpulan

SANTAPAN MINDA oleh Dr. Ismail Zain 
BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan. Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan. Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan. Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan. Jumlah anggota kumpulan Seeloknya jumlah anggota kumpulan adalah antara 3 hingga ke 5 orang sahaja. Jika terlalu ramai interaksi tidak dapat dijalankan secara berkesan dan ianya memakan masa yang lama. Topik pembelajaran Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat tentang topik yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Topik tersebut perlulah dibaca dan dikaji dahulu sebelum hadir untuk sesi tersebut. Kaedah pembelajaran o Pecahan topik: Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai tugas untuk menganalisis topik mengikut pembahagian dan pecahan topik.

02/08/2012

Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Sekolah Kebangsaan Laksian Banggi Kudat. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memaparkan berita dan info berkaitan dengan sekolah Kebangsaan Laksian Banggi. Selain daripada itu, blog juga merupakan medium yang berkesan untuk sekolah menerima maklum balas daripada orang awam. Melalui Blog ini pihak sekolah boleh berhubung dengan kumpulan sasar daripada pelbagai latar belakang. Pendapat dan pandangan yang berbeza dari pelbagai kumpulan pengguna boleh menjadi input bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kami. Di harap dengan kewujudan blog ini berguna kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mengetahui tentang Sekolah Kebangsaan Laksian Banggi.