Pengambilan
calon untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
tidak akan diiklankan mulai tahun depan (2013) dan sebaliknya akan
ditawarkan kepada 30 peratus pelajar lepasan SPM yang memperolehi
keputusan terbaik.
Timbalan
Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata langkah tersebut
adalah usaha bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sebelum
ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon untuk
menduduki ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan dipanggil untuk
temuduga selepas mereka lulus.
Bagaimanapun
mulai tahun ini (2012), permohonan untuk mengambil ujian M-Test adalah
terbuka kepada semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu akan
tawarkan kepada hanya 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan
terbaik.